Wednesday, September 14, 2011

IM Syria Nafi Perkongsian Kuasa Dengan Rejim

 Jumaat, 9 September, 2011 

Pemimpin Ikhwan Muslimun di Syria, Riyadh Al-Syuqfa, menegaskan bahawa kumpulan itu tidak mempunyai dan tidak akan menerima inisiatif berkongsi pemerintahan dengan Presiden Syria Bashar Al-Assad. "Sejak sekatan dikenakan, rejim Al-Assad telah mengemukakan tawaran untuk berdialog dengan puak-puak penentang di Syria dalam usaha untuk mengambil hati rakyat dalam revolusi". 

Bercakap kepada DPA, beliau menyatakan bahawa khabar angin yang beredar bahawa perjanjian telah dicapai oleh IM dan rejim Al-Assad di bawah seliaan Turki dan Amerika Syarikat adalah tidak benar. "Ini adalah laporan yang direka dan disebarkan oleh unsur-unsur dalam rejim," katanya. Khabar angin ini telah mencetuskan keresahan penganalisis dan intelektual yang memikir bahawa tentunya pendamaian itu akan terbukti tidak menguntungkan Amerika Syarikat memandangkan wujud hubungan baik antara IM dan puak politik di rantau ini dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.

Al-Shuqfa menafikan ada dialog di antara IM dan Al-Assad: "Kami tidak berunding atau berurusan dengan penjenayah dan kami tidak akan tunduk kepada tekanan untuk menerima sebarang tawaran walau bagaimana menarik pun godaan mereka. Sebelum pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat yang aman, kami mungkin boleh mempertimbangkan tawaran itu. Namun kini inisiatif itu ditolak sepenuhnya. Yang perlu, pemerintah dan rejimnya mesti meletak jawatan jika reformasi ingin dilaksanakan. Keputusan itu adalah keputusan negara, bukan sekadar keputusan IM semata-mata. Rakyat adalah sumber kuasa yang sah dan kami menyokong suara rakyat. "

Beliau menafikan dakwaan bahawa IM menyeru kepada revolusi bersenjata, sambil mengatakan bahawa langkah itu hanya akan mengakibatkan pertempuran antara orang awam, pasukan keselamatan dan tentera. "Kami hanya menyokong revolusi aman". Beliau memberi amaran terhadap seruan kepada revolusi bersenjata sambil menambah bahawa ia tidak akan memanfaatkan revolusi memandangkan perang saudara boleh tercetus. 

Al-Shuqfa mengecam kebisuan kerajaan-kerajaan Arab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Syria yang telah menyebabkan korban beribu-ribu orang awam yang bersuara dengan aman. Mengulas tentang campur tangan asing, beliau menyatakan bahawa walaupun beliau tidak menyokong campur tangan, penglibatan politik Arab mungkin diperlukan jika pembunuhan diteruskan. Beliau menyebut rakyat Syria mungkin mengalu-alukan campur tangan ketenteraan Arab jika pembunuhan beramai-ramai berterusan. Beliau berkata, walau bagaimanapun, beliau menentang sebarang campur tangan oleh NATO yang setakat ini gagal menjaga kepentingan rakyat Libya dan revolusi mereka.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=29018
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template