Tuesday, February 22, 2011

IM Umumkan Penubuhan Parti Politik: Parti Kebebasan dan Keadilan

Isnin 21 Februari 2011
Pembangkang terbesar di Mesir Ikhwanul Muslimin, telah mengesahkan bahawa ia sedang bersedia untuk mendirikan parti politiknya sendiri yang diberi nama Parti Kebebasan dan Keadilan, atau Horeya wa Adala.

Mursyid Am Dr Mohamed Badie mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa keahlian terbuka untuk setiap rakyat Mesir yang bersedia menerima program-program parti, dasar-dasar dan halatuju.

Dr Mohamed Badie memberitahu bahawa jawatankuasa pengasasnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya. Beliau menambah bahawa pembentukan parti ini adalah untuk menyahut harapan, keinginan dan aspirasi rakyat Mesir untuk masa depan yang cerah dan mengembalikan imej serta peranan kepimpinan negara Mesir dimata dunia. 

Dr Mohamed Badie meneruskan dengan mengatakan bahawa jawatankuasa yang dilantik dalam Ikhwan Muslimin telah diberi tanggungjawab untuk menentukan program, dasar peraturan parti baru tersebut. Jawatankuasa tersebut juga akan berganding rapat dengan  Majlis Syura IM.

IM telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuaiuntuk mencalonkan seorang wanita atau Koptik sebagai ketua parti.

Keterangan lebih lanjut akan diumumkan pada waktu yang bersesuaian.

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template