Sunday, November 14, 2010

Peguam Utama IM kutuk penahanan 550 anggota MB

Sabtu 13 November 2010

Peguam Utama IM, Abdul Monem Abdel-Maqsoud menimbulkan keperihatinan mengenai penahanan pemimpin dan anggota IM yang semakin meningkat sejak IM mengumumkan penglibatannya di dalam pilihanraya. Menurut beliau, penahanan tanpa sebab tersebut ialah satu usaha konspirasi bagi menipu di dalam pilihanraya Parlimen akan datang.

Sehingga kini, sekitar 550 orang anggota IM telah ditahan di seluruh negara termasuk 3 wanita dan 5 calon yang bertanding. Daripada bilangan itu, 285 orang telah dibebaskan manakala 89 akan dibicarakan. Abdel Maqsoud percaya penangkapan akan meningkat menjelang pilihanraya. Menurutnya, serangan ke atas institusi IM juga kini semakin agresif.

Abdel Maqsoud mengecam tindakan kerajaan yang telah menyalah-guna undang-undang darurat bagi mengugut rakyat dan menghalang mereka daripada menyuarakan pandangan mereka melalui penglibatan aktif dan positif mereka di dalam pilihanraya. Menurutnya, ini bertentangan dengan norma dan undang-undang antarabangsa mengenai hak-asasi manusia, di samping serta pelanggaran undang-undang dan perlembagaan Mesir, yang menjamin hak penyertaan untuk semua.

Abdel Maqsoud menegaskan bahawa tindakan sewenang-wenangnya tersebut akan menyebabkan kehilangan kepercayaan awam, membuat mereka enggan untuk menyertai pilihanraya.

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=27151
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template