Wednesday, August 11, 2010

ElBaradei : Anda tidak boleh mengabaikan sebuah kumpulan seperti Ikhwan Muslimun yang mempunyai sokongan di seluruh negara

Dalam wawancara dengan Mary Wald, pengasas TheCommunity.com dan bekas ketua IAEA Dr Mohamed ElBaradei ditanya tentang beberapa soalan panas dan beliau tidak ragu-ragu dalam membela gerakan Ikhwan Muslimun dan menjelaskan penglibatan mereka dalam agenda reformasi politik dan pindaan perlembagaan beliau.

ElBaradei mengupas pelbagai permasalahan berkaitan Mesir dan tentang kemunculannya di arena politik baru-baru ini sambil mempertahankan bahawa usahanya untuk reformasi demokrasi timbul disebabkan keadaan buruk yang dialami negaranya sekarang.

ElBaradei menggariskan seruannya terhadap pembaharuan politik dan beliau menekankan bahawa pembangkang politik telah mula bekerja secara kolektif dalam menuntut perubahan yang begitu diperlukan oleh Mesir. Pertemuannya yang kerap dengan pembangkang politik paling popular di Mesir, Ikhwan Muslimun, telah menatijahkan beliau memuji dan memandang tinggi kumpulan yang menikmati banyak sokongan akar umbi di Mesir semata-mata disebabkan oleh kejujuran mereka dan komitmen yang tak berbelah bagi kepada Mesir dan rakyatnya.

ElBaradei menegaskan bahawa perubahan adalah perlu dan menghormati dan mempromosikan kebebasan bercakap pastinya cara untuk mencapai tujuan tersebut. Beliau memberi amaran tentang penindasan yang berlanjutan oleh rejim sambil menegaskan ia boleh menghasilkan ekstremisme.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan itu mengesahkan yang Ikhwan Muslimun mewakili suatu pandangan hidup yang moderat yang menyeru kepada negara madani berasaskan nilai-nilai Islam.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25941
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template