Saturday, July 24, 2010

Risalah Mursyid: Memperingati Isra’ dan Mi’raj: Kewajiban Umat Menentang Kedurjanaan Zionis

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 02-07-2010

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya.. adapun selanjutnya;

Allah SWT berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

“Dan tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai pembawa rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya:107)

Misi perutusan nabi Muhammad saw adalah untuk menyelamatkan manusia, dari berbagai bentuk kekejaman, kezaliman, kedurjanaan dan kekerasan. Oleh kerana itu baginda dan orang-orang beriman yang bersama baginda telah membayar dengan harga yang mahal dalam menjalankan misi dakwah ini. Mereka mengorbankan nyawa, masa, keluarga dan harta benda mereka demi memberikan kebahagiaan kepada manusia melalui agama Allah. Mereka berhak memperolehi pertolongan dari Allah, kerana pertolongan Allah datang mengiringi orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt:

إِن تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ

“Jika kalian menolong Allah maka Allah akan menolong kalian”. (Muhammad: 7).

Kedurjanaan hari ini adalah rentetan dari kedurjanaan semalam

Di sini lah bermulanya hakikat Isra’ dan Mi’raj sebagai satu episode baru dalam siri sebuah 'pengorbanan'. Tribulasi demi tribulasi yang telah berlaku menjadi bukti terhadap hakikat ini. Perancangan jahat yang dipimpin oleh syaitan dan dilaksanakan oleh para pemimpin kuffar dan pengikut mereka, berbentuk sekatan ekonomi dan kepungan telah berlangsung selama tiga tahun.

Hadits sahih menyebutkan mengenai karakter mereka,

جُهِدوا حتى أكلوا الخبط وورق الشجر

“mereka bekerja keras sampai makan kayu dan dedaunan dari pepohonan “,

Mereka menjalankan proses memusnahkan keluarga dalam bentuk keganasan dan penyiksaan, sebagaimana yang disebutkan dalam sirah nabi saw:

صبرًا آل ياسر؛ فإن موعدكم الجنة

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir; balasan untuk kalian adalah syurga”,

Strategi mereka seterusnya mahu menghancurkan masyarakat seluruhnya melalui amalan hidup yang keji, penuh dosa dan maksiat supaya umat Islam jauh dan terpisah daripada agama mereka.

Kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel, orang-orang zalim dan pendokong kebatilan serta orang-orang yang bersekutu dengan mereka hari ini; merupakan rentetan dari kedurjanaan yang dilakukan semalam. Iaitu melalui konspirasi kedurjanaan antarabangsa dan mengenepikan hak kebebasan sebuah bangsa, seperti sekatan, pengepungan dan penjajahan negara kita. Mereka merompak kekayaan kita, melakukan keganasan, mencipta permusuhan dan perpecahan di antara anak bangsa dari satu Negara. Semua ini bertujuan untuk melemahkan kekuatan rakyat. Mereka melakukan sabotaj yang terancang dalam bentuk penipuan, penyiksaan, rompakan dan pembunuhan. Mereka menekan kehendak rakyat dalam setiap gerakan kebangkitan atau keinginan untuk berubah atau tuntutan reformasi. Mereka lakukan demikian demi mengukuhkan kekerasan dan kerosakan.

Semua kedurjanaan yang berlaku ini mendorong kita mengamati fakta dan hakikat Isra’ dan Mi’raj; bahawa jihad adalah jalan terbaik yang dapat menghancurkan perencanaan syaitan dan konco-konconya. Perjuangan jihad merupakan satu-satunya cara untuk mengembalikan hak-hak yang dirampas. Bekerja secara berterusan merupakan pembinaan diri yang hakiki untuk keluarga, masyarakat dan tanah air kita.

Alangkah serupa hari ini dengan semalam!!

Strategi menghadapi rencana semalam yang menindas dan menekan umat serupa sahaja dengan hari ini. Pejuang kemerdekaan dimasa yang lalu telah berusaha memecahkan kepungan adalah pejuang kemerdekaan hari ini dari semua bangsa di muka bumi, di timur dan barat. Mereka terdiri dari para pemikir, ulamak, pembesar dan orang yang mempunyai hati samaada lelaki dan perempuan, pemuda dan remaja. Mereka gigih menggempur kepungan Zionis itu. Oleh kerana itu ucapan salam khusus buat mereka yang berjuang mati matian dalam memecahkan pengepungan di Gaza dan menamatkan pendudukan Zionis di Palestin. Palestin adalah negeri bangsa Arab dan umat Islam.

Alangkah serupa hari ini dengan semalam!!

Generasi awal yang terkepung telah menempuh pelbagai ujian, inilah jalan mereka untuk meraih kemuliaan dan kehormatan. Keimanan, aqidah dan perjuangan mereka bertambah teguh, kukuh dan mantap. Oleh itu ucapan salam ini khusus buat mereka dalam perjuangan menentang pengepungan dan penaklukkan. Ucapan salam ini juga ditujukan khas kepada pejuang pembebasan yang berusaha melakukan perubahan dan membina kehidupan Islam yang sebenarnya di negeri mereka masing-masing.

Alangkah serupa hari ini dengan semalam!!

Satu ’tubuh’ (badan) yang benar-benar hidup telah menafkahkan rumah kepada nabi. Ummul Mukminin Khadijah telah menginfakkan seluruh harta dan kekayaannya untuk orang-orang yang terkepung, walaupun beliau menderita sakit yang menjadi punca kewafatannya. ’Badan’ yang satu ini dapat kita saksikan hari ini terus meningkat dan bertambah bilangannya. Oleh itu salam ini juga diberikan keatas kebangkitan ini dalam rangka membantu orang-orang yang terkepung dan orang-orang yang membangunkan Gaza. Seruan bagi orang-orang kaya, sesungguhnya pelaburan terbesar kalian adalah membina semula bangunan negeri kalian, terutama negeri yang terkepung dan dijajah. Bukan (menyimpan wang kalian) di bank-bank yang akhirnya wang tersebut digunakan untuk kematian dan membunuh kalian!. Terutama pada ketika bangsa di dunia mengecam negara-negara kaya yang bersatu untuk melakukan penindasan dan pembunuhan !! Firman Allah SWT:

هَا أَنْتُمْ هَؤُلاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir Sesungguhnya Dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (Muhammad: 38).

Kebenaran akan tetap kekal

Marilah kita semua mengingat kembali ketika Allah SWT menceritakan kepada kita hakikat ini, dengan bahasa yang paling fasih dan terang. Allah berfirman:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِه

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari”. (Al-Isra:1)

Oleh itu bantuan dan pertolongan Allah tidak akan turun kecuali kepada hamba-hamba-Nya yang hanya tunduk kepada-Nya, dan tidak menyerahkan diri kepada selain-Nya. Justeru apakah kita telah melaksanakan penghambaan diri kita kepada-Nya. Allah berfirman:

وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ* إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ* وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ

“Dan Sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (yaitu) Sesungguhnya mereka Itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan Sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti menang”. (Ash-Shaffaat: 171-173).

Firman Allah “di malam hari” (الَّذِي أَسْرَى ), menunjukkan setelah gelap pasti akan terang. Allah menjadikan waktu malam untuk memberikan keyakinan bahawa waktu malam (gelap) telah meliputi umat,walaupun waktunya panjang namun pasti akan lenyap. Apakah kita semua menyedari harapan nan indah ini?! Allah SWT berfirman:

مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ

“ Dari masjid haram (Mekah) ke masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya”. (Al-Isra:1)

Semasa di Baitul Maqdis nabi Muhammad (saw) menjadi imam ke atas para nabi. Ini menunjukkan dan menyatakan tentang kesatuan kepemimpinan yang berpaksikan kepada Islam ke atas semua para anbiya’!, Dari Baitul Maqdis baginda naik ke langit, Allah berfirman:

فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى* مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى* أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى

“Lalu Dia menyampaikan kepada hambaNya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. Maka Apakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya?” (An-Najm:10-13)

Allah berfirman:

لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى

“Sesungguhnya Dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar”. (An-Najm:18)

Ayat-ayat ini telah menjelaskan hakikat perjalanan yang penuh keberkatan. Sesungguhnya Islam memulakan langkah atau episode baru untuk menyelamatkan dunia dari kedurjanaan manusia. Begitulah yang dilakukan oleh pemimpin pertama umat, baginda berkata kepada mereka yang memujinya ketika memulakan episode dakwahnya (kerana umat manusia akan mendustakannya): “Sekalipun mereka mendustakanku,(aku tetap akan teruskan tugas dakwahku)”. Oleh itu baginda mewariskan kepada para duat risalah yang teguh dan mantap. Walau bagaimana hebatnya bentuk kedustaan ia pasti akan hilang dan lenyap, kebenaran pasti akan tetap kekal.

Oleh itu sejak dahulu para ulama mengadakan perjumpaan tahunan di Baitul Maqdis sempena memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj sehinggalah terjadinya krisis tahun 1967. Pada tahun itu para ulamak itu telah menghentikan perjumpaan tersebut. Kini sejak tiada lagi perjumpaan ulamak itum, kedurjanan Zionis Israel terhadap Palestin semakin menjadi jadi dan telah bertukar bentuk. Kedurjanaan mereka antaranya membangunkan dinding pemisah untuk mengurung Al-Quds, menghancurkan rumah mereka, merosakkan tanah pertanian mereka, mengusir penduduknya dan terus menerus berusaha menghancurkan Masjid Al-Aqsa. Kedurjanaan ini disaksikan oleh mata dan di dengar oleh telinga di seluruh dunia.

Biarpun semua itu berlaku namun hari esok (satu masa nanti) kita boleh mendirikan solat di dalam Masjidil Aqsa, dan janji Allah terlaksana:

وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ

“Sungguh mereka akan masuk ke masjid (Al-Aqsa) sebagaimana mereka memasukinya pertama kali”. (Al-Isra: 7)

Justeru itu aya mengirim salam dan seruan: salam kepada Persatuan Ulama muslimin yang sedang mengadakan pertemuan di Turki, seakan-akan mereka mendapat inspirasi oleh kemuliaan umat Islam terdahulu, dan kesatuan mereka yang berada di bawah bendera Islam. Allah berfirman:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً, وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

“Sungguh umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhan kalian, maka sembahlah Aku” (Al-Anbiya: 92).

Seruan saya di sini bertujuan mengajak para ulama supaya segera menuju ke Gaza setelah selesai mengadakan pertemuan di Turki; menuntut kepada dunia supaya menamatkan sekatan atau kepungan yang telah berjalan selama empat tahun berturut-turut. Di sana nanti sampaikanlah seruan: “Bahawa pertemuan kami (dan bersama kami seluruh umat) berikutnya akan diadakan di Al-Quds dengan izin Allah seperti sebelumnya. Allah Maha Perkasa ke atas itu semua”.

Tugas kita terhadap hakikat Isra’ dan Mi’raj

* Tugas yang paling utama dan penting ketika ini adalah memperkuat dan terus menerus meminta pertolongan dan bantuan kepada Allah. Hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan baik kepada-Nya melalui Mi’raj harian (solat) kita sebagai kesempurnaan ‘ubudiyyah’ (perhambaan) kepada-Nya dan memelihara hidayah yang telah dianugerahkan kepada kita, iaitu solat, khususnya solat subuh. Hubungan ini satu-satunya jalan untuk mengembalikan dan menyelamatkan Al-Aqsa. Sebagaimana kita ketahui bahawa hubungan antara solat dan Masjid Al Aqsa berkait rapat dan erat. Masjid AL Aqsa adalah qiblat pertama umat Islam (samada di Mekah mahupun di Madinah) menghadapkan wajah mereka, selama hampir enam belas bulan lamanya.

* Di antara tugas kita ketika ini adalah kita tidak akan berdamai, menyerah dan berada dalam kehinaan. Kita berada di atas jalan menuju perubahan dan reformasi. Imam al-Banna mengungkapkan pelajaran dan pengajaran dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini dengan katanya: “Seakan-akan Allah berkata kepada umat ini: wahai umat, nabi tidak menerima (kamu) kecuali apabila kamu kembali kepada Allah dengan penuh kehormatan. Janganlah kalian terus rela berada dalam kehinaan PBB dan janganlah kalian rela dengan kelemahan. Kalian hendaklah sentiasa memiliki kemuliaan. Janganlah kalian menyangka bahwa mencontohi Nabi saw itu hanya mencontohi nya dalam satu perkara sahaja tetapi kalian hendaklah mencontohi dalam semua perkara.

Allah berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu ”. (Al-Ahzab:21).

* Diantara tugas kita ketika ini adalah menghidupkan kembali jihad untuk membela bumi Aqsa kita dan mendokong perjuangan dengan segala kemampuan yang kita miliki sehingga kita dapat memperolehi kemuliaan kelompok yang mengalahkan Zionis. Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili, bahwa nabi saw bersabda:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرُّهم من جابههم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك، قالوا : يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

”Akan selalu ada kelompok dari umatku yang sentiasa berada di atas kebenaran, dan mampu mengalahkan musuh-musuh mereka.Tidak akan membahayakan mereka, orang-orang yang menyelisihi mereka kecuali hanya sekedar kesulitan hidup yang menimpa mereka, hingga tiba urusan Allah swt, dan mereka tetap berada dalam keadaan itu.Para sahabat bertanya, ”Ya Rasulullah, di manakah kelompok itu?Rasulullah saw bersabda, ”Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”.(Imam Ahmad dan Tabrani)

Justeru, marilah kita ubah peringatan ini seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

“Sesungguhnya yang demikian itu terdapat peringatan bagi siapa yang memiliki hati dan pendengaran, dan Allah menyaksikan itu semua”. (Qaaf:37)

Inilah manhaj Ikhwan Muslimin Imam Al-Banna pernah berpesan tentang hakikat Isra’ Mi’raj: “Ikhwan melihat tema Isra’ dan Mi’raj bukan sekadar cerita sahaja tetapi kita mengambilnya sebagai pengajaran dan pelajaran pada satu segi dan sebagai motivasi untuk bekerja pada segi yang lain”.

Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah.


Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=67295&SecID=213

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template