Monday, July 26, 2010

Kempen dalam talian IM capai 165,000 tandatangan


Kempen dalam talian IM capai 165,000 tandatangan

Ahad, 25 Julai 2010

Kempen “7 Tuntutan Reformasi” melalui talian oleh IM yang dilancarkan oleh Mursyidul Am IM Dr. Muhamad Badie dan didukung oleh kumpulan pembangkang Mesir telah mencapai 165,000 tanda-tangan dalam tempoh 18 hari.

Kiraan oleh laman sesawang Persatuan Kebangsaan untuk Perubahan (NAC) menunjukkan 84,000 tanda-tangan baru telah diperolehi menjadikan jumlah melebihi 248,000 tanda-tangan.

Kempen IM telah menerima perhatian luas di media dunia yang mempunyai interaksi yang luas dengan rakyat Mesir.

Tujuh tuntutan yang termaktub di dalam piagam yang disokong oleh IM melibatkan perkara-perkara berikut:
1. Menamatkan pemerintahan darurat.
2. Memperkasakan sistem kehakiman Mesir untuk menyelia sepenuhnya proses pilihanraya.
3. Pemantauan pilihanraya oleh organisasi masyarakat madani tempatan dan antarabangsa.
4. Memberikan peluang sama-rata bagi semua calon memanfaatkan media, terutama untuk calon Presiden.
5. Membolehkan rakyat Mesir di perantauan mengundi melalui kedutaan dan konsulat di luar negeri.
6. Memastikan hak menjadi calon di dalam pilihanraya Presiden tanpa syarat, sesuai dengan tanggung-jawab Mesir di bawah Konvensyen Antarabangsa untuk Hak Sivil dan Politik, serta menghadkan tempoh Presiden kepada dua penggal.
7. Pemilihan dilakukan oleh setiap individu berdasarkan nombor daftar sosial masing-masing.
Bagi mencapai tuntutan-tuntutan berkenaan, pindaan kepada Artikel 76, 77 dan 88 Perlembagaan perlu dibuat secepat mungkin.

Kempen IM boleh dicapai melalui: https: / / www.tawkatonline.com

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25810
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template