Tuesday, June 1, 2010

Kenyataan HAMAS mengenai Serangan ganas ke atas Freedom Flotilla

PERGERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS-PALESTINE)

PEJABAT PENERANGAN

_____________________________________________________________________________________________


PERUTUSAN

BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

Saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kenyataan kami berkenaan usaha konvoi Freedom Flotilla bagi memecahkan kepungan terhadap Gaza, di sini kami membuat kenyataan dan polisi umum ini yang perlu diguna pakai semasa membuat kenyataan dan respons sebagaimana berikut :

1. Fokuskan kepada sudut kemanusiaan yang dibuat oleh konvoi bagi membantu 1.5 juta orang yang terkepung di Gaza

2. Elakkan dari membuat kenyataan berunsur sindiran politik terhadap kumpulan lain di Palestin, atau menyentuh sensitiviti politik Arab supaya tidak menyeleweng dari perkara asas iaitu memecahkan kepungan Zionis terhadap Gaza

3. Fokuskan kecaman kita terhadap Israel melalui media massa bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

4. Semarakkan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, selain menjadikan mereka ini sebagai ‘role-model’ kepada masyarakat dunia.

5. Pendirian terhadap serangan yang dilakukan ke atas konvoi ini, fokuskan kecaman kepada pihak Zionis bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai :

  • Lanun
  • Jenayah Hak Kemanusiaan
  • Sikap biadap berterusan melakukan kepungan terhadap Gaza
6. Menggesa agar mereka dihukum atas jenayah perang yang dilakukan.

Tarikh : 30/5/2010

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template