Monday, June 21, 2010

IM dan NAC setuju atas tindakan bersama politik


Khamis, Jun 17, 2010





Mursyidul Am IM Dr. Mohamed Badie bertemu Hassan Nafaa, penyelaras umum Kesatuan Nasional untuk Perubahan (National Association for Change, NAC) di ibu pejabat IM.


Pertemuan yang dianggap berjaya itu meneroka mekanisme-mekanisme sesuai yang mungkin diguna pakai untuk tindakan bersama politik pada masa depan.


Dr. Essam el Erian, jurucakap media gerakan itu menyatakan bahawa perwakilan NAC berterima kasih kepada pengerusi IM kerana menyertai inisiatif NAC untuk melaksanakan reformasi politik.


Dr. Mohamed Morsy, jurucakap IM dan ahli Maktab Irsyad menambah bahawa perjumpaan itu menjelaskan kaedah-kaedah untuk mencapai tujuh tuntutan yang termaktub dalam kenyataan pro-reformasi NAC, yang bertepatan dengan agenda reformasi blok IM.


Langkah pertama agenda itu mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kesan negatif daripada penipuan undi oleh Parti Demokratik Kebangsaan dalam pilihanraya Majlis Syura Mesir yang baru lepas kepada masa depan politik dan kestabilan negara, di samping untuk menyatukan pembangkang menjelang pilihan raya Majlis Rakyat dan Presiden yang akan datang.


Nafaa memuji IM atas kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan semua kekuatan politik di Mesir, yang akan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada semua rakyat Mesir. IM menyatakan bahawa ia akan menyertai semua kegiatan NAC, termasuk mesyuarat, demonstrasi dan petisyen
.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=25306
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template