Sunday, May 16, 2010

Sheikh Al-Azhar: Mengunjungi Baitul Maqdis sekarang memberikan keabsahan pada penaklukan Palestin.


Rabu 12 Mei 2010
Kaherah.

Sheikh Al-Azhar, Ahmed Al-Tayeb mengulangi dengan tegas penolakannya untuk melawat Baitul Maqdis yang diduduki pada masa ini dan menyeru semua umat Islam supaya tidak meziarahinya melalui visa Israel. Beliau berkata tindakan seperti itu bererti mengakui keabsahan penaklukan Israel.

Kenyataan ini disuarakan sebagai tindak-balas kepada kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama Mesir Mahmoud Al-Zaqzouq yang mengisytiharkan niat untuk melawat Baitulmuqaddis atas jemputan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah.

Sumber di Universiti Al-Azhar mengatakan bahawa wujud perselisihan berkaitan masalah ini antara Syeikh Tayeb dan Zaqzouq. Dalam pada itu, ramai sarjana Mesir bersetuju dengan pandangan Sheikh Al-Azhar yang menolak penziarahan Baitul Maqdis di bawah pendudukan.


Mereka menambah bahawa Syeikh Al-Azhar telah menghantar surat kepada Zaqzouq menyampaikan pandangan agama berkaitan masalah ini dan memberi amaran supaya beliau menolak jemputan tersebut. Sebaliknya, beliau mencemuh cadangan itu dan menyambut baik jemputan yang diterima dari pegawai PA, Mahmoud Al-Habbash.


Syeikh Al-Azhar turut menerima undangan yang serupa daripada Tayseer Al-Tamimi, Ketua Hakim PA, yang mengundang beliau dan Paderi Shenouda serta semua Muslim dan Kristian untuk melawat Baitulmuqaddis atas alasan untuk menghadapi rancangan Israel yang mahu meyahudikan Baitulmuqaddis.

Sementara itu, Pendakwah Saudi Mohsen Al-Awaji mengecam dengan keras Ketua Hakim PA yang menjemput semua muslim dan Kristian untuk melawat

Baitulmuqaddis, sambil berkata jemputan ini tidak membawa sebarang faedah dan hanya untuk tujuan media kecualilah jika ia bertujuan untuk mendesak negara-negara memberhentikan kepungan ke atas Gaza dan membebaskan Baitulmuqaddis.


Awaji berkata kepada Quds Press bahawa satu-satunya cara untuk melindungi Baitul Maqdis daripada pengyahudian ialah dengan mengerah seluruh umat Islam untuk memperjuangkan kota suci mereka, sambil menegaskan bahawa Baitulmuqaddis tidak dapat dipertahankan hanya dengan lawatan, slogan, persidangan dan laporan media.


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=24743
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template