Friday, April 23, 2010

Lima aktivis terkemuka dihadapkan ke mahkamah dalam fasa baru penindasan ke atas IM

Rabu, 21 April 2010











Dalam satu langkah yang dijangka akan menghangatkan hubungan yang sudah tegang antara rejim Mesir dan Ikhwan Muslimun, Peguam Negara Abdul Magid Mahmoud telah mengemukakan lima tokoh antarabangsa IM ke muka pengadilan untuk dibicarakan di Mahkamah Agung Darurat Keselamatan Negara.

Empat daripada lima tokoh IM yang sebelumnya dituduh dan dibebaskan dalam kes yang dikenali sebagai “rangkaian Global [IM]" pada masa ini tinggal di luar negara, dan mereka termasuk Setiausaha Agung Antarabangsa IM yang berpengkalan di London Ibrahim Munir, ulama terkemuka Saudi Awad Alqarany, aktivis popular Mesir Wagdy Ghoneim yang sekarang menetap di Yaman, dan Asyraf Abdul Ghafar, telah dinamakan dalam permohonan Peguam Negara itu.

Ahli perniagaan Ossama Suleiman yang ketika ini dalam tahanan, walaupun arahan bebas telah dikeluarkan untuk semua enam bulan yang lalu, telah juga dimasukkan ke dalam senarai untuk dibicarakan.

Dr Mohamed Morsy dari Maktab Irsyad Ikhwan Muslimun yang juga jurucakap gerakan itu telah mengutuk tindakan semasa yang diambil oleh rejim pemerintah.

Walaupun semua badan pembangkang politik termasuk IM telah bersatu dalam menggesa supaya dihapuskan 'undang-undang darurat' pemerintah tak henti-henti terus mempergunakannya. Penindasan yang berpanjangan oleh rejim yang berkuasa terhadap rakyat terutamanya orang-orang yang tidak bersalah dari kalangan IM yang popular itu menunjukkan bahawa mereka tidak berupaya mengamalkan demokrasi seperti yang mereka banggakan.

Penindasan rejim sama sekali tidak boleh diterima dan hanya akan mengganggu ketenteraman dan kestabilan. Penggunaan berterusan 'undang-undang darurat' yang dibenci itu adalah pelanggaran jelas terhadap perlembagaan. Kebebasan awam termasuk kebebasan bersuara yang begitu asas telah dilanggar oleh kerajaan dan ini tidak boleh diterima.

Disebalik tindakan dendam itu, kami, IM, menegaskan bahawa kami akan terus menyeru reformasi politik secara aman, berasaskan perlembagaan dan sah. Usaha berterusan kami untuk perubahan aman ini tidak akan pudar dan kami akan mengikuti jalan yang mempromosikan anti-kekerasan, melalui saluran undang-undang seperti yang telah kami amalkan selama ini. Ikhwan Muslimun tidak pernah dan tidak akan berganjak atau dihasut daripada kaedah-kaedah aman dalam menyokong hak-hak warga negara dan dalam menentang penindasan.

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=24392
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template