Monday, April 5, 2010

Kesihatan tahanan Ikwanul Muslimun semakin teruk

Selasa 30 Mac 2010


Health situation of MB detainees deteriorate


Laporan perubatan rasmi daripada Jabatan Penjara memberi amaran tentang situasi kesihatan El Maher-Shami, seorang tahanan Ikhwanul Muslimun dari Kafr El-Sheikh yang semakin teruk. Laporan perubatan mengesahkan bahawa beliau menderita pelbagai penyakit dan mendedahkan bahawa beliau harus menjalani pembedahan untuk membuang limpanya.

Makram Okba, peguam El-Shami, menegaskan bahawa kerajaan mengabaikan situasi beliau dan tidak mengambil tindakan positif untuk menawarkan penjagaan kesihatan yang diperlukan.

Maher el-Shami, seorang peniaga berusia 50 tahun itu ditangkap dua bulan lalu untuk kedua kalinya tahun ini dengan 3 ahli lain dari Ikhwanul Muslimun termasuk Mohammad Shahin, Khaled Abdel Karim dan Islam Qarqoura.

Walaupun perintah dikeluarkan untuk tahanan umum dibebaskan, Jabatan Dalam Negeri mencabar keputusan dan memerintahkan surat perintah penangkapan semula.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.net/article.php?id=23919
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template