Thursday, April 8, 2010

Dr Mahmoud Ezzat dan Rakan-rakan dibebaskan

Timbalan Mursyid dan rakan-rakan dibenarkan pulang
http://www.ikhwanweb.com Rabu 7 April 2010

MB  Deputy Chairman Ezzat and his colleagues leaving for home


Dr Mahmoud Ezzat Timbalan Mursyid dan beberapa pemimpin kanan IM telah dibebaskan selepas dua bulan di dalam tahanan. Tahanan termasuk 5 orang anggota Maktab Irsyad akan dipindahkan ke ibupejabat keselamatan aerah masing-masing. Proses pembebasan mereka sedang berjalan.


Peguam Abdul Monem Abdul Maqsud mengesahkan kepada Ikhwanweb bahawa mahkamah telah menetapkan ikat-jamin 5000 LE bagi setiap tahanan.


IM: Tiada rundingan dalam pembebasan pemimpin kanan


MB:  No deal struck for senior leaders' release


Pemimpin kanan IM dan anggota Maktab Irsyad yang baru dibebaskan Dr Essam El Erian menafikan terdapat rundingan atau perjanjian dengan kerajaan bagi memperolehi pembebasan mereka.


Jurucakap Media IM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah khabar angin dan IM tidak akan terseret untuk berbincang sesuatu yang tidak berasas.

Dr. Essam yang ditangkap pada awal bulan Februari bersama dengan beberapa pemimpin kanan IM telah ditahan selama dua bulan. Dalam kenyataan kepada Ikhwanweb beliau dan rakan-rakan berterima kasih kepada usaha keras yang dibuat oleh pasukan peguam pembela yang bertungkus-lumus untuk membebaskan mereka terutama Mahmoud Alsakka, Ahmed Abu Baraka, Mohammed Touson and Abdul Monem Abdul Maqsud. Tambahnya "Kebebasan ialah satu nikmat yang tidak boleh dinafikan kepada mana-mana individu tidak bersalah. Beliau mengakhiri dengan harapan kekejaman, penindasan, dan kezaliman akan hancur dan hak asasi manusia akan dihormati. Beliau juga menuntut pembebasan semua anggota IM yang masih di penjara untuk sekian lama.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template