Wednesday, April 7, 2010

Bilangan Ahli Ikhwanul Muslimin yang Dipenjara Meningkat Kepada 368 Orang


The  number of MB detainees rise to 368

Selasa 30 Mac 2010

Kiraan terbaru bilangan ahli Ikhwamul Muslimin yang dipenjara adalah seramai 368 orang yang ditahan di 7 penjara di Mesir.


Abdel Monem Abdel Maksoud, peguam bela Ikhwanul Muslimin menekankan bahawa 220 orang tawanan ditahan di bawah Undang-Undang Kecemasan, sementara 148 tahanan yang tinggal ditahan tanpa sebab yang kukuh.

Kumpulan kesalamatan negeri telah menjalankan beberapa kempen membanteras ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yang mana kebanyakan daripada kempen-kempen tersebut dilakukan pada awal pagi. Barang-barang peribadi dirampas dan kadang kala ahli keluarga diambil sebagai tebusan jikalau ahli Ikhwanul Muslimin tersebut tidak berada di rumah ketika serangan dilakukan.

Pemimpin tertinggi telah menjadi sasaran utama ketika fasa membanteras ahli-ahli Ikhwanul Muslimin meningkat termasuk timbalan ketua, Dr. Mahmoud Ezzat dan empat lagi ahli Ikhwanul Muslimin yang lain daripada Biro Eksekutif Ikhwanul Muslimin iaitu Dr. Essam el-Erian. Dr. Mohi Hamid, Dr. Abdel rahman Al-Barr dan Dr. Osama Nasr Eldeen.

Lima lagi pemimpin Ikhwanul Muslimin sekarang sedang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Tentera termasuk Timbalan Ketua, Eng. Khayrat al-Shater, Hassan Malek, Eng. Ahmed Shousha, Sadek el-Sharkawi dan Eng. Ahmed Ashraf.



Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.net/article.php?id=23920
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template