Wednesday, April 21, 2010

Abu al-Futuh ‘Afifi, Sheikh Mujahidin Palestin kembali ke rahmatullah



20 April 2010






Abu al-Futuh ‘Afifi adalah salah seorang mujahid Ikhwan dalam peperangan tahun 1948, ahli parlimen mewakili Ikhwan dari tahun 1987 hingga 1990.

Al-marhum yang menyertai Ikhwan pada usia 17 tahun merupakan mujahid paling kedepan dalam perjuangan menentang serangan zionis di bumi Palestin pada tahun 1948. Beliau juga telah menyertai jihad melawan Inggeris pada tahun 1947. Selepas kembalinya dari perjuangan di bumi Palestin tahun 1948 dia ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir dan dipenjarakan selama 1 tahun 4 bulan.

Di samping itu, beliau juga telah menyertai peperangan Suez tahun 1956 sebagai pemimpin katibah. Beliau telah berjaya memimpin pasukannya dengan cemerlang. Selepas peperangan ini, sekali lagi beliau ditangkap dan dipenjarakan selama 17 tahun.

Dalam tempoh itu al-marhum mengalami berbagai-bagai bentuk penyiksaan yang tidak terperi siang dan malam. Antaranya dengan kejutan elektrik, dicabut kuku-kuku, dikenakan seterika panas dan lain-lain siksaan yang teruk sehingga menyebabkan al-marhum ditimpa pelbagai penyakit kronik.

Namun, dalam keadaan tersiksa yang begitu teruk beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran sepenuhnya dan berjaya memperoleh sijil menengah.

Genap 17 tahun dalam penjara, al-marhum keluar menyambung perjuangan mengislah masyarakat.

Al-marhum telah mengasaskan beberapa pertubuhan kebajikan di kawasannya dan sangat aktif dalam amal kebajikan dan kemasyarakatan. Al-marhum telah bertanding di dalam pilihanraya dewan rakyat tahun 1987 dan telah berjaya menewaskan pencabarnya. Berbagai-bagai khidmat bakti disumbangkan menjadikan al-marhum amat disenangi dan disayangi semua penduduk.

Al-marhum juga menjadi ahli kehormat beberapa pertubuhan kebajikan dan badan sukarela. Di daerahnya beliau dikenali dengan gelaran Sheik al-Mujahidin kerana keterlibatannya di dalam peperangan melawan Yahudi di Palestin.

Semoga Allah menerima jihadnya dan dimasukkannya ke dalam syurga yang kekal abadi.


Artike asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=63677&SecID=210
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template