Tuesday, February 16, 2010

Morsy: Regim pemerintah Mesir menggunakan kekerasan bagi mengesahkan keabsahannya memerintah



Morsy: Regim pemerintah Mesir mahu mengesahkan keabsahannya untuk memerintah dengan menggunakan kekerasan terhadap warganya sendiri


Selasa, Februari 9, 2010


Dalam sebuah kenyataan kepada Ikhwanweb, Dr Mohamed Morsy dari Maktab Irsyad menekankan bahawa penindasan diteruskan oleh rejim Mesir terhadap pembangkang aman Mesir yang memperjuangkan pembaharuan. Beliau merujuk kepada gelombang baru penahanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara terhadap ahli terkemuka pergerakan itu. Beliau menyatakan bahawa "IM berusaha untuk mengembalikan identiti kebangsaan negara dan pendiriannya di dunia Arab selepas kegagalan polisi-polisi dan kediktatoran yang berdekad-dekad" sambil menambah, "jelas ini tidak dihargai."

Beliau memperihalkan tuduhan terhadap 13 pemimpin IM berpangkat tinggi yang ditahan, termasuk Timbalan Mursyid Dr Mahmoud Ezzat, ahli senior Dr Essam el-Erian dan ahli Maktab Irsyad Dr Abdul Rahman Al-Barr sebagai palsu, tidak mempunyai sebarang alasan undang-undang atau perlembagaan.Morsy menambah bahawa penangkapan kerajaan terhadap IM adalah petunjuk kegagalan politik regim yang mencerminkan kurangnya kredibiliti mereka pada saat IM menikmati sokongan awam dan kejayaan politik yang meningkat.Beliau menggesa semua rakyat Mesir supaya menolak segala bentuk tindakan regim dalam menentang arus yang berdepan dengannya termasuk dari IM, -kuasa- uslimi warganya sendiri.yakuasa-kuasa nasional dan gerakan popular yang mewakili sebuah pakatan nasional yang menentang semua amalan platform AS-Israel.

IM menekankan kempen penangkapan semasa tidak akan menghambat gerakan itu daripada perjuangan mereka ataupun jalan yang telah mereka pilih untuk mencapai kesejahteraan negara, mahupun kemajuannya dalam mengangkatnya ke status yang lebih tinggi. Regim ini tidak boleh dan tidak akan berjaya merungkaikan dasar-dasar pergerakan dalam menaikkan panji Islam. IM komited kepada perjuangan damai dan berperlembagaan dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara. Morsy menegaskan bahawa "IM akan tetap kekal dalam prinsip dan manhajnya sambil berjuang untuk mempertahankan pembaharuan aman melalui jalur berperlembagaan dan undang-undang." Kebebasan berpendapat dan bersuara tetap menjadi asas utama bagi mereka yang memperjuang dan mementingkan kepentingan bangsa.Penangkapan dari barisan Ikhwan Muslimun baru-baru ini mendedahkan pelanggaran serius terhadap perlembagaan dan undang-undang kerana ia dibuat dalam konteks cubaan rejim untuk menyelesaikan pertikaiannya dengan IM yang berusaha untuk membantu dan mempertahankan isu-isu nasional Mesir dengan menyokong dan membela warga Gaza terhadap serangan ganas Israel. Pada pada masa yang sama, serangan Israel itu juga menimbulkan ancaman serius terhadap keamanan nasional Mesir.

Kempen itu juga berlaku sehari selepas gerakan itu menggesa rejim pemerintah melibatkan diri dalam dialog untuk menggerakkan reformasi dan menamatkan keadaan darurat di negara itu.
Dr Mohamed Morsy menuduh rejim menggunakan undang-undang darurat terhadap warganya selepas gagal untuk mengatasi masalah-masalah warganya, serta menggambarkan serangan terhadap gerakan IM itu - gerakan pembangkang terbesar di Mesir - sebagai pelanggaran undang-undang dan perlembagaan.Beliau menyatakan yang beliau percaya bahawa tindakan keras terbaru oleh pihak keselamatan ke atas pemimpin kumpulan ini mempunyai kaitan dengan proses memberikan kesetiaan secara terbuka kepada Dr Mohammed Badie’ yang baru dilantik Mursyidul Am bulan lepas di hadapan stesen-stesen TV global dan dalam suatu perhimpunan besar.

Morsy merumus dengan menyimpulkan bahawa "Kami telah melaksanakan hak kami dalam menjalankan syura, perundingan dan demokrasi dan ini selaras dengan perlembagaan dan undang-undang; kami bukan mencabar atau memprovokasi regim itu."


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23079
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template