Wednesday, February 17, 2010

Ikhwanul Muslimin Mesir merupakan sebuah pertubuhan sivil


Jumaat, 12 Februari 2010

oleh Dr Abdel Monem Abul Fotouh

Ketika Imam Al-Banna pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin menggambarkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin sebagai Salafi, doktrin Sunni, pendekatan sufi, badan sosial dan politik, pasukan sukan, syarikat ekonomi, gagasan sosial dan saintifik serta persatuan kebudayaan, beliau berhasrat untuk menjadikannya sebagai sebuah pertubuhan sivil yang unik merangkumi seluruh aspek kewujudannya

Dalam gerak kerja Ikhwanul Muslimin, beliau benar-benar berpegang teguh kepada ideologi bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebagai Salafi dan Sunni. Hal ini bermaksud bahawa Sunni yang mengambil pendekatan dan prinsip-prinsip asas Sufi iaitu Muslim soleh yang berusaha untuk mengejar redha Allah dan menghindari murka-Nya di akhirat justeru akan segera menunaikan kewajipan Ilahi bagi mengikuti Sunnah Nabi Muhammad.

Dalam lapangan sosial, Ikhwanul Muslimin telah diberi gambaran oleh Imam Al-Banna sebagai suatu yang memenuhi kriteria pertubuhan sivil yang lengkap. Sebelumnya dalam politik yang merupakan bahagian penting daripada pemahaman yang komprehensif terhadap Islam dan dalam hal ini saya ingin membezakan antara amalan politik dan bangsawan atau kerja sosial dengan ekonomi, saintifik dan komponen pendidikan atau kegiatan sukan dan kegiatan pengakap sebagai kurikulum tambahan.

Pada pertengahan 30an, negara-negara Muslim dan Arab hidup di bawah penjajahan Inggeris dan Perancis serta kumpulan-kumpulan pejuang kemerdekaan yang berjuang secara aman dan secara bersenjata muncul di mana-mana. Mesir juga ketika itu mempunyai pelbagai pihak yang serius menentang penjajahan Inggeris secara bersenjata. Memandangkan tiada kuasa kerajaan mahupun politik di Mesir; mereka berjuang di dalam gerakan gerilla untuk menentang penjajahan oleh kuasa asing. Kita masih ingat Parti Misr El-Fatah (Young Egypt) dan Parti Wafd dengan pakaian bertemakan biru dan hijau. Oleh kerana Ikhwanul Muslimin adalah antara yang mempunyai kekuatan politik terbesar di Mesir serta memberikan pengaruh besar dalam lapangan politik tersebut, wajar sahaja mereka turut serta memainkan peranan penting dalam gerakan gerila menentang penjajah dan para pendukungnya.

Lebih mengeruhkan suasana, pendatang asing Yahudi mula masuk secara berperingkat, merampas Tanah Palestin untuk menubuhkan negara Haram Israel pada tahun 1948. Walaubagaimanapun, ia menjadi sebuah strategi defensif yang besar, di mana Ikhwanul Muslimin segera membentuk komando tentera untuk mengusir penjajah Inggeris dan untuk membela Palestin.

Imam Hasan Al-Banna sebenarnya mahu memastikan perkara ini sebagai suatu kes terpencil dan berbeza daripada Ikhwanul Muslimin yang asal dalam segala sesuatu, hingga beliau menamakanya sebagai " Pasukan Khusus", merujuk pada kes terpencil tersebut yang jauh dari garis tradisi asal gerakan itu. Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan sivil dan pendamai dalam matlamatnya dan bersifat konstruktif dalam semua institusi dan pentadbirannya di samping budaya dan mekanisma gerak kerja yang berbeza daripada yang bersifat kerahsiaan dan struktur seperti “Pasukan (tentera) Khusus" tersebut. Ikhwanul Muslimin hanyalah sebuah pertubuhan sivil.

Imam al-Banna juga sebenarnya mahu memberikan mesej daripada "ajaran" tersebut bahawa ia hanya merujuk kepada sebahagian anggota Ikhwanul Muslimin, bukan ditujukan kepada semua anggota gerakan.
Saya sendiri membaca bahagian pengenalan mesej ini, yang menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah khusus untuk sebahagian anggota dan tidak untuk semua anggota gerakan seperti mana ketika menyatakan, “Ini adalah mesej kepada Ikhwanul Muslimin", dia terus menekankan, "anggota yang lain harus memfokuskan kepada menghadiri pelajaran dan ceramah, menulis buku dan artikel dan juga dalam pekerjaan pentadbiran sahaja serta setiap dari kamu punyai tujuan masing-masing, maka berusahalah bersama-sama dan bersatu di dalam semua perkara yang baik."

Para sejarawan menyatakan bahawa anggota-anggota "Pasukan Khusus" ini telah menerima pelatihan di padang pasir Kaherah oleh pegawai tentera Mesir yang membekalkan mereka dengan senjata dalam kebanyakan keadaan. Sejarah mencatat bahawa “Pasukan Khusus" ini berjuang dan mengorbankan diri mereka mempertahankan tanah Palestin dan Terusan Suez walaupun diakui terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh para anggotanya.

Imam Hassan Al-Hudaybi, yang menerajui Ikhwanul Musliminin selepas itu, sedar bahawa agenda Imam Al-Banna melalui "Pasukan Khusus" telah menurun setelah kekalahan tahun 1948 dan juga disebabkan penjajahan Inggeris di Timur Tengah yang menjadi suatu isu untuk beberapa tahun khususnya selepas kekalahan Perang Dunia II. Beberapa kesilapan yang dilakukan “Pasukan Khusus” sangat dikesali Imam al-Banna lalu mendorong beliau untuk memansuhkannya. Al-Hudaybi telah mengambil alih tanggung jawab dengan sangat baik hingga salah satu keputusan pertama yang diambil adalah untuk memindahkan tanggung jawab pentadbiran daripada Sindi ke Talat Talat sebagai langkah awal kearah pemansuhan mutlak “Pasukan Khusus” bersandar pada apa yang beliau fahami secara peribadi daripada Al-Banna.

Malangnya berlaku pertembungan langsung antara anggota Ikhwanul Muslimin dan pegawai yang terlibat dalam Revolusi 23 Julai yang mengakibatkan penangkapan, penahanan di penjara dan pembunuhan ramai anggota gerakan tersebut yang berlangsung selama dua dekad.

Pada awal tahun 70an, Ikhwanul Muslimin membuka era baru dalam sejarahnya. Pengalaman-pengalaman mereka, kecuali dalam beberapa perkara dan keadaan yang terpencil, telah didorong oleh latar belakang sejarah yang menggabungkan generasi unik yang terdiri daripada yang lama dan baru, di mana memerlukan mereka untuk memberikan komitmen penuh kepada misi Ilahi dan matlamat yang luhur.

Ikhwanul Muslimin tidak pernah dilihat sebagai sebuah komposisi dalam bentuk ketenteraan ataupun bersedia untuk mengambil jalur pengganas bagi mencapai cita-cita politik mereka dan jika Al-Banna menginginkan sebegitu sejak dari mula lagi, beliau mampu melakukan sedemikian. Keadaan negara secara keseluruhan membenarkan untuk perkara tersebut berlaku dan tidak ada yang hujah boleh mempersalahkan beliau. Beliau berada di dalam sebuah negara yang dijajah di mana sempadan timur terancam oleh musuh yang gemar memperkosa.

Sejarah merakamkan bahawa pintu ini adalah jalan untuk menceroboh walaupun Al-Banna ingin menunjukkan bahawa latihan ketenteraan merupakan bahagian penting dari Ikhwanul Muslimin, sememangnya dia seorang yang layak untuk bersuara dalam usaha menjelaskan usahanya di dalam tulisan-tulisan beliau sebagai Sunni, para pelaku jihad, saintifik, persatuan politik, dan sebagainya.

Oleh kerana itu, sangat penting untuk diakui bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan sivil yang mempunyai matlamat dan objektif dengan gerak kerja secara sukarela dan perubahan sosial secara damai di dalam semua lapangan serta komited kepada pendekatan para reformis Ahlul Sunnah wal Jamaah yang dipegang oleh para sarjana Muslim bermula dengan Imam Hasan Al-Bashri yang melawan diktator kejam iaitu Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi dan berakhir dengan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.

Walaupun ada khabar angin disebarkan bahawa Ikhwanul Muslimin menggunakan strategi organisasi dalaman sulit; suatu operasi khusus telah menunjukkan bahawa kurikulum tarbiyah Ikhwanul Muslimin menyetujui perkara tersebut. Oleh kerana itu, Ikhwanul Muslimin – dari segi intelektual - berusaha untuk menggambarkannya sebagai sebuah pertubuhan sivil berserta mekanisma gerak kerja yang menunjukkan bahawa gerak kerja ketenteraan adalah berbeza dengan gerak kerja sivil serta mencampur adukkan antara keduanya hanya akan menyebabkan kekeliruan dan tindakan yang lemah.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23145
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template