Tuesday, February 16, 2010

Amnesty International Desak Dr. Mahmud Ezzat Dan Rakannya Dibebaskan

10 Februari 2010

Samir Ismail menulis:





Pertubuhan Amnesty International menuntut Kerajaan Mesir supaya membebaskan dengan segera tanpa syarat pemimpin IM yang ditangkap dalam satu operasi ke atas Dr.Mahmud Ezzat Naib Mursyid Am IM, Dr. Essam El-Arayan, Dr.Abdulrahman al-Barr dan Dr. Muhyi Hamid anggota Maktab Irsyad.

Dalam satu kenyataannya pertubuhan ini menekankan betapa pentingnya kerajaan Mesir memberhentikan serangannya ke atas golongan pembangkang politik yang bertindak secara aman. Kerajaan juga mestilah menyokong kebebasan dan hak memberikan pandangan, menubuhkan persatuan dan mengadakan perhimpunan di Mesir. Kenyataan ini dibuat selepas pemerintah Mesir menahan 15 anggota jamaah IM pada pagi Isnin lalu sebelum Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan tahunannya mengenai hak asasi manusia di Mesir yang akan diisytiharkan pada 17 Februari ini.


Pertubuhan ini juga menyeru Majlis Hak Asasi Manusia di bawah PBB supaya memperingatkan Kerajaan Mesir tentang pentingnya penilaian semula dibuat ke atas Undang-undang Darurat yang digunakan kerajaan untuk menekan golongan pembangkang dalam negeri. Peringatan ini hendaklah disampaikan melalui laporan tahunan yang dilakukan bagi penilaian semula secara menyeluruh yang akan dikeluarkan pada bulan ini

Pertubuhan ini menjelaskan bahawa penangkapan yang dilakukan baru-baru ini dilatarbelakangi oleh kegiatan politik secara aman yang dilakukan Ikhwan Muslimin dan juga atas dasar bahawa mereka kumpulan pembangkang paling besar di Masir yang memiliki 20% kerusi parlimen Mesir

Pertubuhan ini juga menjelaskan bahawa anggota Ikhwan menjadi sasaran rutin pihak keamanan Mesir yang menahan mereka berdasarkan kuasa yang sangat luas yang diberikan Undang-undang Darurat yang telah digunakan dalam satu tempoh yang lama untuk menghapuskan golongan pembangkang.

Amnesty International berpendapat Kerajaan Mesir telah menggandakan serangannya terhadap Ikhwan Muslimin sebelum pemilihan Majlis Syura diadakan pada musim bunga 2010 ini dan sebelum pemilihan Majlis Dewan Rakyat diadakan pada musim luruh 2010.

Pertubuhan ini menyatakan bahawa penahanan anggota Ikhwan Muslimin berlaku secara rutin hanya berdasarkan arahan eksekutif. Mereka ditahan selama berbulan-bulan tanpa mengemukakan sebarang pertuduhan di mahkamah. Ini dilakukan atas perintah Menteri Dalam Negeri Mesir.

Pertubuhan ini juga menekankan bahwa sekatan dan penangkapan secara zalim di Mesir ini telah mendapat kritikan antarabangsa. Pada tahun 2008 golongan pakar PBB dan kumpulan bertanggungjawab memantau penahanan yang dilakujkan secara zalim telah mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa keputusan menangkap 26 anggota Ikhwan Muslimin adalah keputusan yang zalim.

Pertubuhan ini mendapati pemimpin Ikhwan Muslimin dibicarakan di Mahkamah Tentera sekaligus mencabul hak untuk menerima satu perbicaraan adil di hadapan mahkamah terbuka, kompeten, bebas dan berkecuali yang diwujudkan berdasarkan undang-undang.

Pertubuhan ini juga menyatakan bahawa prosedur yang dilakukan Mesir telah mendapat kritikan Martin Scheinin pelapor PBB yang bertanggungjawab melindungi hak asasi manusia semasa menentang kumpulan pelampau pada Oktober 2009 dan November 2009, di mana Mahkamah Tentera telah enggan membebaskan 18 pemimpin jamaah Ikhwan yang antara mereka ialah Naib Mursyid Am Jurutera Khairat Syatir. Mahkamah Sivil telah menyokong hukuman (penjara) sehingga tujuh tahun yang dijatuhi Mahkamah Tentera ke atas mereka pada bulan April 2008. Amnesty International telah berusaha berkali-kali untuk mengikuti perjalanan perbicaraan ini, namun Kerajaan Mesir menghalangnya.

Amnesty International meminta pemerintah Mesir supaya mematuhi dengan pengakuan iltizam antarabangsanya untuk memelihara dan menyokong kebebasan bersuara, hak menubuhkan persatuan dan mengadakan perhimpunan, terutama dalam hal yang berkaitan sekatan menggunakan hak ini oleh Kerajaan Mesir yang terus-menerus mengeluarkan arahan-arahan tangkapan berdasarkan arahan pentadbiran dan membicarakan orang awam di Mahkamah Tentera.

Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=60239&SecID=211
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template