Tuesday, January 12, 2010

Sidang Akhbar ke Seluruh Dunia Umumkan Mursyidul Am IM ke 8

Isnin, 11 Januari,2010 16:59

Muslim Brotherhood hold world-wide press conference to announce the 8th Chairman
Mursyidul Am IM, Sheikh Mohamed Mahdi Akef mengumumkan bahawa kenyataan mingguannya selaku Mursyidul Am IM ke 7 akan disampaikan di dalam satu sidang akhbar ke seluruh dunia pada hari Khamis 14 Januari.

Di dalam satu kenyataan eksklusif kepada "Ikhwanweb", Mursyid menekankan bahawa nama Mursyidul Am IM yang baharu akan dimumkan. Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Mursyidul Am IM dan anggota IM dijangka memberi sumpah taat setia dan sokongan demi kesinambungan pergerakan tersebut.

Menurut Akef, “ walaupun menghadapi beberapa kesukaran baru-baru ini, Gerakan IM telah dan akan terus menjadi contoh kepada dunia dan rejim pemerintah mengenai demokrasi, perpaduan dan saling menghormati. IM telah menjadi sasaran beberapa pihak termasuk rejim pemerintah, gangguan keselamatan sosial dan pelbagai badan media. Walaubagaimanapun, kita tetap utuh, membuktikan perpaduan dan Iman adalah segala-galanya”. Beliau memuji pergerakan yang menghormati aturan dan yakin melaluinya “apa juga boleh dan akan tercapai”.

Semasa sidang akhbar nanti, sejumlah besar anggota-anggota kanan IM dijangka akan hadir di samping semua ahli Majlis Syura dan Maktab Irsyad.

Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22576
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template