Wednesday, December 2, 2009

Ustaz Ali an-Nukman Kembali ke Rahmatullah



Hari ini, Rabu 2/12/2009 bersamaan 15/12/1430, qafilah dakwah kehilangan seorang lagi mujahid dari kalangan generasi pertama yang seangkatan dengan pengasas Ikhwan Muslimin, asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau adalah Ustaz Ali an-Nukman, teman rapat asy-Syahid yang juga merupakan pemandu peribadi beliau.

Ustaz Ali adalah antara mujahid terulung yang pernah berjihad di bumi Palestin demi mempertahankannya dari serangan zionis. Beliau telah menulis beberapa buah buku yang mengisahkan kepahlawanan Ikhwan di dalam jihad mereka mempertahankan bumi Palestin.

Menurut al-Mursyid yang hadir mengiringi jenazah beliau, Ustaz Ali adalah seorang akh muslim yang wajar dijadikan contoh oleh ikhwan hari ini.


Solat jenazah telah disempurnakan selepas solat zohor tengahari tadi di masjid Asad bin al-Furat di Duqi, Giza dihadiri oleh al-Mursyid dan teman-teman dari kalangan ikhwan pelbagai peringkat.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat dan keampunan-Nya yang maha lebat ke atas ruhnya, ditempatkannya di dalam syurga-Nya yang amat luas, dan menerima segala perjuangan dan sumbangannya di jalan dakwah ini sebagai amal soleh yang memberatkan timbangannya.

Demikian doa ikhlas yang dipohon oleh al-Mursyid untuknya.

Marilah kita sama-sama mengaminkannya.

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template