Thursday, December 24, 2009

CIA dan Ejen Fatah dera tahanan Hamas. Pembinaan Tembok di sempadan Mesir dibantah


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22243

Ahad 20 Disember 2009


Fired shots on the equipment used to build the Iron wall in Rafah and the CIA tortures Hamas prisoners.


Akhbar Guardian mendakwa CIA dan Pegawai Keselamatan Palestin telah mendera ahli-ahli pertubuhan Hamas di West Bank.


Akhbar berkenaan menekankan bahawa sumber-sumber memaklumkan bahawa ejen-ejen keselamatan Palestin yang bekerja rapat dengan pihak CIA telah menahan dan menyiksa lebih kurang 500 orang penyokong pertubuhan Islam Hamas di Tebing Barat. Penderaan telah dilaporkan di sebalik pengharaman penderaan oleh Presiden Amerika Syarikat Barak Obama.


Pertubuhan Human Rights Watch melaporkan Pihak Berkuasa Palestin (Fatah) telah menyiksa tahanan mereka secara berterusan semasa penyiasatan dan telah menyebabkan kematian salah seorang dari tahanan. Para tahanan ditumbuk, dipukul dengan kayu, paip plastik dan tiub getah sebagai tambahan kepada ikatan rantai yang begitu menyakitkan untuk jangkamasa yang agak lama. Akhbar Guardian menekankan bahawa perantaian tahanan dikenali sebagai “Sahabah” dalam bahasa Arab, menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan dalaman tanpa meninggalkan bukti kesan luaran kepada mangsa.


Sehubungan dengan itu, beberapa orang bersenjata dari Semenanjung Gaza telah melepaskan tembakan kearah peralatan Kerajaan Mesir yang digunakan untuk membina tembok besi.

Serangan itu menyebabkan pembinaan terpaksa ditangguhkan untuk beberapa waktu disebabkan beberapa kerosakan kecil kepada peralatan .


Akhbar Israel dan agensi berita melaporkan pihak berkuasa Mesir telah memulakan pembinaan tembok besi bawah tanah di sempadan Gaza bagi tujuan menghentikan penyeludupan barangan melalui terowong ke Semenanjung Gaza, yang telahpun menghadapi sekatan lebih dari 3 tahun oleh pihak Israel.


Anehnya, pihak berkuasa Mesir tidak mengesahkan atau menafikan berita tersebut. Walau bagaimanapun, Menteri Luarnya Ahmad Abul Gheit mempertahankan pembinaan tembok dengan mengatakan “Mesir mempunyai hak untuk mempertahankan sempadannya dengan apa jua cara.”


Dr. Hamdy Hassan, jurucakap blok ahli parlimen Ikhwanul Muslimin menghantar memorandum segera kepada Perdana Menteri Dr. Ahmed Nazif, berkaitan berita pembinaan tembok besi. Beliau meminta penjelasan kepada langkah yang meragukan berlaku di sempadan. Beliau menegaskan pembinaan tembok ini hanya memihak kepada Israel kerana pengurungan kanak-kanak dan mereka yang tidak bersalah di Gaza memberi jalan kepada Israel untuk menyerang Semenanjung Gaza. Tambah beliau lagi, terdapat desas desus tentang serangan yang akan berlaku dalam waktu terdekat dengan bantuan kerajaan Mesir yang membekalkan gas kepada Israel dengan gas serta dengan meningkatkan sekatan ke atas penduduk Gaza.

 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template