Thursday, December 3, 2009

Mursyidul Am IM Mohamed Mahdi Akef adalah di antara tokoh yang berpengaruh dalam dunia Islam


Syeikh Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul Am Ikhwan Muslimun telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 individu paling berpengaruh dalam dunia Arab dan Islam bersama-sama Khaled Meshaal dari Hamas dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa (IUMS).

Isnin, November 23, 2009
Artikel Asal: http://ikhwanweb.com/article.php?id=21820

Syeikh Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul Am Ikhwan Muslimun telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 individu paling berpengaruh dalam dunia Arab dan Islam. Di antara mereka yang termasuk dalam senarai ini adalah Khaled Meshaal dari Hamas dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa (IUMS).

Fakta ini terdapat dalam sebuah buku baru terbit berjudul ‘THE 500 MOST INFLUENTIAL MUSLIM’ yang dilancarkan oleh “the Royal Islamic Strategic Studies Center” dan “The Prince Al-Waleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding” di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Hasil kajian dan analisa ke atas lebih daripada 500 tokoh berpengaruh dalam dunia Islam termasuk 50 tokoh Arab terkemuka, buku tersebut telah menyenaraikan nama-nama mereka sebagai 50 teratas dalam senarai 500 tokoh Islam paling berpengaruh.

“Pusat Persefahaman Muslim-Kristian Al-Waleed Bin Talal” adalah salah satu daripada pusat penyelidikan yang sangat berinovatif dan dinamik. Pusat ini memberi fokus kepada hal ehwal dunia Islam dan menjalin hubungan dengan pihak Barat beragama Kristian di samping melaksanakan kajian tentang cara-cara bagi merapatkan jurang di antara kedua-dua dunia tersebut.

Buku setebal 95 halaman itu yang ditulis dan diterbitkan oleh seorang intelek Amerika terkenal bernama Profesor John Esposito dengan kerjasama Profesor Ibrahim Kalin, memulakan kata bicara dengan membincangkan perkara-perkara mengenai orang-orang beragama Islam serta pengaruh mereka. Buku ini memuatkan beberapa kajian mengenai gerakan Islam; termasuk gerakan Ikhwan Muslimun dan Salafisme (atau Wahabisme) di Saudi Arabia. Kedua-dua penulis meyakini yang kedua-dua kumpulan itu mewakili Islam dalam perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal politik dan kerohanian.
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan tersenarai pada tangga ke-5 dan Dr Yusuf al-Qaradawi di tangga ke-9 manakala Mursyidul Am Ikhwan Muslimun di kedudukan ke-12. Aktivis Amr Khaled terletak pada tangga ke-14 manakala ulamak Saudi iaitu Dr. Salman Bin Fahd al-Awda berada di tangga ke-19, Syeikh Saeed Ramadan al-Bouti di lokasi ke-23 dan Presiden Turki Abdullah Gul pula di tangga ke-28. Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa Abdullah bin Bayyah tersenarai di tangga ke-30 dan Khaled Meshaal, ketua Biro Politik Hamas di kedudukan tangga ke-34.

Syeikh Maulana Mahmoud Madani Jamat-e-Ulema-i-Hind di tangga ke-36, Pendakwah Amerika Hamza Yusuf, pengasas Institut Kajian Zaytuna di California, Amerika Syarikat di tangga ke-38, Syeikh Dr. Mustafa Ciric, Mufti Besar Bosnia-Herzegovina di tangga ke-39, manakala Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia di tangga ke-42.

Maulana Motiur Rahman Nizami, Ameer Jamaat-e-Islami (parti terbesar) Bangladesh di tangga ke-43 dan Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri, Pengarah Besar Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam “ISESCO” di tangga ke-50.

Buku ini turut mencatatkan yang Mursyidul Am Ikhwan Muslimun Mohamed Mahdi Akef, telah berjaya meningkatkan prestasi gerakan itu, walaupun hanya memulakan tugasnya pada tahun 2004. Ikhwan juga disebut sebagai pembangkang politik terbesar di kebanyakan negara Arab. Menurut penilaian beliau, Esposito mendakwa, sejak menerajui Ikhwan Muslimun Akef telah mengepalai secara aktif parti Islam terbesar di Mesir, mengatur protes-protes massa mengutuk pendirian kerajaan tentang peperangan di Gaza, di samping menuntut kemaafan daripada Pope Vatican Benedict XVI kerana telah menghina Islam sewaktu lawatan Pope itu ke Jordan. Beliau menambah, "Akef telah memainkan peranan penting apabila berhadapan dengan kritikan yang meningkat terhadap ideologi and tindakan Ikhwan Muslimun, disebabkan pendirian gerakan itu menyokong usaha penentangan bersenjata di Palestin dan Lebanon. Dengan mengambil langkah pendirian yang ketara, Akef mengungguli dirinya dan Ikhwan Muslimun dalam menuntut perubahan perlembagaan di Mesir. Ikhwan Muslimun telah mengutuk secara terbuka akan pentadbiran Republikan mantan President Amerika Syarikat, George W. Bush mengenai isu “Inisiatif Besar Timur Tengah” dengan mengemukakan cadangan balas, berupa polisi-polisi dan reformasi ekonomi yang digagaskan oleh Ikhwan Muslimun pada tahun 2006. Gagasan itu telah diiktiraf di Mesir dan dunia Islam sebagai lebih berasas berbanding dengan cadangan Amerika Syarikat”.

Buku itu juga menggambarkan Ikhwan Muslimun sebagai parti pembangkang utama di serata negara-negara Islam dan mempunyai cawangan di kebanyakan dunia Islam, dengan beribu pejabat rasminya yang terletak di Mesir. Ahli-ahli pertubuhan itu terdapat di Bahrain, Syria, Palestin, Jordan, Iran, Iraq, Saudi Arabia, Kuwait, Algeria, Sudan, Somalia, Tunisia, Libya, dan Amerika Syarikat.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template