Tuesday, December 15, 2009

Ikhwan Sudan Mengenang Seorang Da’i Bernama Hasan Basyir


Oleh Dr. Isam Yusuf Badri

Tidak diragui bahawa Ustaz Hasan Basyir rahimahullah pernah menyumbangkan tenaga di dalam Kementerian Penempatan dan menumpukan kepada jamaah – dalam hal memenuhi keiinginannya – iaitu beliau memulakan langkah pertama dengan mengembalikan binaan jamaah pada penghujung tahun 1979 dalam konteks praktikal.

Dari kacamata jamaah (Ikhwan Muslimin) beliau telah membuktikan dirinya dengan makna-makna jundi serta ketaatan yang jelas. Inilah al-akh Hasan yang meninggal dunia semasa rawatan rapi di Malaysia selepas beliau kembali daripada menunaikan Umrah yang terakhir.
Sebagaimana beliau telah menghabiskan masa hidupnya untuk jamaah seperti yang disebutkan, beliau telah terlibat secara langsung sebagai anggota pengasas jamaah seperti yang ada sekarang setelah memantapkan jamaah secara fikrah dan manhaj.

Namun sebenarnya sudah pasti ianya berhadapan cabaran keselamatan, usaha yang mencabar dan tujuan yang sukar.
Laluan jamaah penuh ranjau dan pelayaran bahtera jamaah dipenuhi ombak dan badai namun ianya tetap ditempuh oleh al-akh Hasan Basyir dalam pelbagai lapangan seperti dalam Tulab dan pentadbiran jamaah, tambahan pula diwaktu itu jamaah belum memiliki sebarang kenderaan dan pengangkutan melainkan hanya memiliki ketokohan dan kebijakan 4 orang al-akh dan mereka telah menafkahkan masa dan hidup mereka untuk jamaah. Mereka ialah al-akh Hasan Basyir (rahimahullah), Dr. Uthman Ali Hasan, Dr. Isam Yusuf Badri dan al-akh Mursyid Hadar al-Jak.

Selepas itu mereka memperolehi kereta saloon biru yang dimiliki oleh professor Malik Badri yang membantu mereka memulakan perjalanan dakwah ini. Sekalipun dengan serba kekurangan dan didokong beberapa individu tetapi dengan cita-cita yang tingi, kegiatan yang padat dan gerakan yang berterusan tanpa henti, jiwa yang suci dan ukhwah yang benar telah melonjakkan perjalanan dan melindungi `kenderaan’ daripada kerosakan dan penyimpangan.

Dengan itu jamah terus berkembang, terbuka pintu-pintu hati dan penerimaan ramai individu di bandar dan desa yang jelas telah menggilap jenis-jenis pendokong dalam jamaah (seumpama generasi Mekah) yang setia di antara mereka yang terus menyumbang ialah Hasan Basyir dengan izin Allah. Jarang kelihatan manusia yang tidak mengambil peduli tentang tahap kepenatan yang sampai kepadanya, dan beliau terus bermusafir dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu perjumpaan ke satu perjumpaan tanpa rasa jemu dan bosan. Beliau juga tidak akan pulang selagi sesuatu isu yang diamanahkan kepadanya di satu-satu tempat belum diselesaikannya. Bagi orang yang tidak memahami tugasan seperti ini akan berkata “aku rasa kagum dan terkejut tetapi dalam urusan kepada Allah aku juga akan mendokongnya’.


Selepas satu tempoh di mana jamaah sudah semakin mantap al-akh Hasan mula bergerak ke Pakistan satu negara yang pernah beliau sampai satu ketika dulu semasa beliau bersama majalah al-Dakwah yang merupakan suara Ikhwan ke seluruh dunia dan beliau juga berangkat ke Indonesia selepas sibuk bersama majalah al-Dakwah dan mengikuti perkembangan isu-isu di Afghanistan dan Pakistan.
Di Indonesia jelas ketokohan Hasan Basyir di dalam hal pentadbiran dan pembinaan jamaah di lapangan dakwah dengan menonjolkan akhlak dai yang tinggi dan iltizam keilmuan yang memandu daripada sebarang awan mendung dan cabaran.

Al-akh Hasan seringkali berulang alik ke Sudan kerana urusan visa dan urusan dakwah tanpa mengabaikan perkembangan keluarganya, bahkan beliau terus bergerak ke sana sini memikul tanggungjawab dakwah dengan memberi bimbingan dan nasihat tanzimi kemudian bergegas ke Indonesia semula bahkan kadang-kadang terbang ke Negara-negara Asia yang lain kerana urusan dakwah.


Kami di Sudan merancang sekembalinya nanti untuk mengambil segala ilmu dan pengalaman beliau untuk membantu perkembangan dakwah di sini bersama ikhwah untuk pembentukan yang baru, akan tetapi ketentuan Ilahi mengatasi segalanya kerana berita pemergian beliau benar-benar mendukacitakan dan menyedihkan bagi mereka yang mendengarnya.


Di Airport Khourtum ramai yang hadir menyambut ketibaan jenazah beliau antaranya ialah al-akh Muraqib Am Dr. al-Bahar Yusuf Nur al-Daim, al-akh menteri Pembangunan Kemasyarakatan, al-akh Menteri Kesihatan di negeri Port Sudan, penulis dan beberapa ikhwah doktor, tokoh-tokoh Ikhwan dan anggotanya sehingga kereta ambulan meninggalkan lapangan terbang setelah selesai urusan proses penyerahan dan keizinan pengebumian.


Tidak lupa ucapan yang begitu terkesan sehingga menitis air mata kami daripada bapa al-akh Hasan Basyir ketika memegang tanganku, “pada waktu malam aku tidak rasai kehilangan ‘bapa’ku..”. Jadi Hasan Basyir bukan sahaja di dalam keluarganya sebagai anak bahkan sebagai ‘bapa’ kepada ibubapanya. Ramai yang turut merasa hiba, “Wahai pak cik, saya turut tidak merasai kehilangan Hasan”.


Dan sebagaimana berita pemergian Hasan Basyir diperoleh melalui telefon di dalam kereta telah menyentuh setiap sanubari yang tidak menyedari keadaan kesihatan beliau. Keranda yang membawa jenazah dikeluarkan dari bahagian kargo kapalterbang terus disambut dan dimasukkan ke dalam kereta ambulan yang menanti di balai ketibaan.

Di rumah dan di perkuburan telah ramai yang hadir yang terdiri dari tokoh Ikhwan dari Palestine, Mesir, Nigeria, Indonesia dan sebagainya. Semua mendoakan agar Allah merahmati ke atas ruh al-akh Hasan Basyir ketika jenazahnya sedikit demi sedikit di masukkan ke dalam kubur yang terletak berdekatan masjid Persatuan Kesejahteraan Islam di kawasan perkuburan al-Faruk di Khourtum di mana beliau telah memperkenalkan Ikhwan melalui pelbagai aktiviti di masjid tersebut untuk menyiarkan dakwah yang benar dan memberi nasihat dan pengajaran di situ.

Melalui keberkatan dakwah dan ukhuwah kami memuliakan dan diberi kemuliaan kepada almarhum..

Kepada da`i Hasan Basyir semoga kita bertemu nanti di dalam syurga yang mempunyai taman dan sungai, tempat tinggal yang benar di sisi malaikat yang ditentukan.

Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas junjungan nabi Muhammad SAW yang dimuliakan wajahnya.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template