Thursday, December 24, 2009

Hassan: Setelah memusnahkan sekatan Bar-Lev, Mesir sekarang melindungi Israel dengan tembok besi.


Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22241
Ahad, Disember 20, 2009

MP Hamdy Hassan, jurucakap blok ahli parlimen Ikhwan Muslimun, mengemukakan kenyataan desakan kepada Perdana Menteri, Ahmed Nazif, berkaitan pembinaan tembok besi antara Mesir dan Palestin.

Hassan: Egypt which destroyed the Bar-Lev barrier is  now protecting Israel with an iron wall.

Dalam kenyataannya, Hassan mendakwa "saya sangat sedih dengan sikap tidak jelas Mesir mengenai berita pembinaan sebuah tembok besi di bawah tanah antara Mesir dan semenanjung Gaza." Mesir telah menafikan berita tersebut sambil memperkecilkan perhatian yang diberikan kepada berita yang diterbitkan oleh akhbar Israel itu. Ia mengisytiharkan akan menjelaskan kedudukan sebenar berita itu apabila tiba masa yang sesuai. Sambil itu, berita tentang pembinaan tembok yang disokong dengan gambar-gambar terus tersebar.

MP itu menekankan bahawa sangatlah menyedihkan, Mesir yang telah memusnahkan benteng Bar-Lev (semasa Perang 1973) adalah Mesir yang sama juga sekarang ini yang sedang membangunkan tembok besi itu. Regim ini mengulang-ulang alasan palsu kononnya ia untuk melindungi keselamatan negara, padahal ia bertentangan dengan kenyataan iaitu tembok ini adalah semata-mata untuk kepentingan Israel dan demi muslihat Israel untuk menyerang Gaza dalam waktu terdekat, menurut berita daripada sumber yang dipercayai.

MP Hassan menegaskan kepada Perdana Menteri yang kerajaannya telah menyokong ekonomi musuh selama ini dengan membekalkan mereka gas pada harga yang sangat murah. Beliau menyambung, "sekarang anda menyokong mereka pula dengan melemahkan saudara-saudara sesama Islam kita di Gaza". Hal ini menyebabkan kita tertanya-tanya, untuk maslahat siapakah kerajaan ini bekerja?

Beliau menegaskan bahawa kerajaan-kerajaan Mesir sebelum ini mempunyai sejarah menyokong perjuangan negara-negara Arab dan Islam, tetapi malangnya pemerintah kita telah mengubahnya menjadi siri-siri tindakan yang memalukan melalui sokongan yang berterusan kepada Israel yang telah mencemari kesucian dan menduduki tempat-tempat suci kita. Mereka juga melakukan pembunuhan terhadap saudara-saudara kita, tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab dari segi agama, bangsa mahupun sejarah.

MP itu menambah "Benteng penghalang yang Israel bina di pantai timur Terusan Suez yang dimusnahkan oleh pasukan bersenjata gagah berani kita, dinamakan Bar-Lev sebagai satu kehormatan dan kebanggaan nasional dan sejarah Israel." Seterusnya beliau melanjutkan, "jadi nama apakah yang harus kita beri kepada benteng penghakang yang memalukan yang sedang dibina oleh kerajaan kita di sempadan Mesir dan Palestin ini?"

MP itu menuntut jawapan yang memuaskan tentang insiden pembinaan tembok itu serta pembiayaannya yang dijangka mencecah berbilion pound.
 

My Blog List

FIKRAH & DAKWAH Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template